Rabu, 24 Jun 2009

Terengganu ke-29 senarai negara berdaya saing di dunia

Terengganu ke-29 senarai negara berdaya saing di dunia


KUALA TERENGGANU: Jika Malaysia berjaya menduduki tangga ke-18 dalam senarai negara paling berdaya saing di dunia tahun ini, penilaian daya saing menggunakan asas perkiraan sama terhadap negeri ini, melayakkan Terengganu menduduki carta ke-29 daripada 57 negara di dunia.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Nik Zainiah Nik Abd Rahman, berkata kedudukan Terengganu itu didorong oleh beberapa faktor, termasuk prestasi ekonomi, kecekapan tadbir urus kerajaan, kemudahan infrastruktur mapan dan keberkesanan segmen perniagaan dalam sektor swasta.

Katanya, Terengganu kali pertama dinilai dalam kajian daya saing itu yang diperakui dan disahkan oleh Institute Of Management Development (IMD) berpangkalan di Switzerland.


"Kelebihan Terengganu yang melayakkannya berada dalam kedudukan selesa carta kajian daya saing itu antaranya disandarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi hasil royalti minyak, produktiviti kerja tinggi dan indeks kestabilan harga barang," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menutup dan penyampaian sijil dan Anugerah Konvensyen Inovatif dan Kreatif Wilayah Pantai Timur di sini, semalam yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Hadir sama, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur, Nik Mustafa Raja Salleh.

Nik Zainiah berkata, berdasarkan prestasi cemerlang Terengganu, MPC menjalinkan kerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) untuk menyusun strategi bagi menambah baik kedudukan negeri itu pada tahun depan.

"Kita sudah berbincang dengan Upen dan ketua jabatan untuk mengambil inisiatif tertentu dan menyusun strategi bagaimana kita boleh meningkatkan pencapaian serta kedudukan ke tahap lebih selesa.

"Dalam inisiatif ini, kita juga akan menubuhkan sekurang-kurangnya lima kumpulan sasaran untuk menguruskan beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan. Upen sebagai agensi penyelenggara pelaksanaan dan MPC sebagai juruperunding akan memberi nasihat kepada mereka dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata, Terengganu adalah negeri keenam selepas Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Sabah yang membuat laporan daya saing dan kerajaan melalui MPC akan menyiapkan kajian bagi menilai daya saing semua negeri di Malaysia menjelang 2011.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090624233013/Article/

Khamis, 11 Jun 2009

kadang-kadang ada sesuatu.....

kadang-kadang ada sesuatu yang......

>>hendak disampaikan
>>akan berlaku
>>kita tidak tahu....tak pernah tahu


"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."